Soalan Lazim (FAQ) | Klinik Hadid
Klinik Keluarga Buka Setiap Hari 8 Pagi - 10 Malam, Termasuk Cuti Umum

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan pantas untuk persoalan yang kerap ditanya pesakit kami.

Perlu buat appointment sebelum datang ke Klinik Hadid?

Walk-in dialu-alukan. Walau bagaimanapun, untuk prosedur atau rawatan tertentu seperti PRP, P-Shot, joint injection, vaccination dan health screening tertentu, pelanggan digalakkan membuat appointment terlebih dahulu.

Adakah Klinik Hadid menerima kanak-kanak?

Ya. Klinik Hadid menyediakan rawatan primary care untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Boleh buat blood test di Klinik Hadid?

Ya. Kami menyediakan pelbagai pakej blood screening daripada pemeriksaan asas sehingga pemeriksaan yang lebih komprehensif.

Boleh buat thyroid screening?

Ya. Thyroid screening seperti TSH dan Free T4 boleh dilakukan berdasarkan keperluan dan penilaian doktor.

Adakah Klinik Hadid menyediakan cancer screening?

Kami menyediakan penilaian risiko, pemeriksaan kesihatan dan ujian tertentu termasuk tumour marker jika sesuai. Pemilihan ujian adalah berdasarkan umur, simptom, sejarah keluarga dan faktor risiko seseorang. Tumour marker bukan ujian tunggal untuk mengesahkan atau menolak semua jenis kanser.

Adakah Klinik Hadid menyediakan rawatan sakit lutut?

Ya. Kami menyediakan pemeriksaan sendi dan musculoskeletal assessment termasuk penilaian sakit lutut, osteoarthritis dan masalah sendi tertentu.

Adakah suntikan lutut tersedia?

Ya. Bergantung kepada keadaan dan kesesuaian pesakit, pilihan rawatan boleh termasuk steroid injection, Hyaluronic Acid / Gel Injection, atau PRP injection. Doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menentukan rawatan yang sesuai.

Adakah Klinik Hadid menyediakan P-Shot?

Ya. P-Shot merupakan salah satu servis men's health yang tersedia untuk pesakit yang sesuai selepas konsultasi dan penilaian doktor.

Adakah rawatan men's health dilakukan secara sulit?

Ya. Konsultasi men's health dikendalikan secara profesional dan confidential.

Boleh buat pemeriksaan telinga?

Ya. Pemeriksaan telinga menggunakan otoscope tersedia untuk masalah seperti sakit telinga, ear wax, telinga tersumbat, jangkitan atau masalah pendengaran tertentu.

Adakah vaksin tersedia?

Ya. Pelbagai vaksin disediakan bergantung kepada stok dan keperluan pesakit. Pelanggan disarankan WhatsApp klinik terlebih dahulu untuk memastikan vaksin yang diperlukan tersedia.

Berapa harga rawatan?

Harga bergantung kepada jenis konsultasi, ujian, ubat atau prosedur yang diperlukan. Pelanggan boleh WhatsApp Klinik Hadid untuk mendapatkan anggaran harga sebelum datang.
H

KLINIK HADID

Klinik keluarga untuk rawatan primer, health screening, rawatan sendi, kesihatan lelaki dan vaksinasi. Care Beyond Treatment.

Hubungi Kami

© 2026 Klinik Hadid. Hak Cipta Terpelihara.